18 May 2012

On Irshad Manji




Speaking on behalf of the Law Students' Society IIUM, I would like to mention that it is not of our interest to be involved in any attempt to invite Irshad Manji to any event whether it is under our jurisdiction or not. We can see that many of the things that she is fighting for are not in line with the mission and vision of this society.

However in case of any quarters had decided to have her in their program, we shall respect their right to do so as everyone has their own preferences.

We strongly condemn the use of force, violence and vulgar words in opposing her presence anywhere around the globe. Ideas, regardless of how stupid it is, should be explained with words, not with fist.

We strongly believe that dialogue, in a controlled surrounding with specified audience is the better way to confront this kind of issue.

Wallahua'lam
Fuad Syazwan Ramli
President,
Law Students' Society IIUM 2011/2012

13 May 2012

[POSTER] AIKOL Grand Iftar & Hajat Prayer


Salam
To all AIKOLians, you are invited to join us in GRAND IFTAR and SOLAT HAJAT FOR FINAL EXAM. Do invite your friends together!! :)

14th MAY 2012 | MONDAY | 7PM


*FOODS ARE PROVIDED!!

03 May 2012

AIKOL Fest Is Back!


Lecturer's Day Campaign


Kenyataan Rasmi Law Students’ Society Uiam Mengenai Isu Forum “Homosexuality, Crime Or Right?”




Law Students' Society UIAM telah menerima pelbagai respon dari pelbagai pihak mengenai forum "Homosexuality, Crime or Right?" yang telah dianjurkan oleh kami pada 13 April 2012. Segelintir komen yang diterima adalah bersifat negatif dan penuh dengan kekeliruan. Maka di sini kami berhajat untuk membetulkan kembali fakta dan menjawab tuduhan yang dilontarkan terhadap kami semenjak berlangsungnya forum ini.

Law Students' Society UIAM selaku badan pelajar yang bernaung di bawah sebuah universiti Islam yakin serta percaya dengan hukum Syariat yang telah diturunkan oleh Allah melalui al-Quran, Sunnah, Ijma' serta Qiyas. Ini termasuklah hukum berkenaan haramnya amalan homoseks. Kami beriman sepenuhnya dengan hukum ini dan tidak pernah ada sebarang niat untuk kami mempertikaikan ketetapan ini. Bagi kami isu tentang halal atau haramnya amalan homoseks adalah satu yang telah tetap dan putus dalam agama. Tidak perlu lagi pada perbincangan.

Law Students' Society UIAM walau bagaimanapun berpendapat bahawa hidup di dalam masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang, budaya, pemikiran serta pandang alam memerlukan kepada dialog dalam menyelasaikan perkara yang tidak mempunyai konsensus di antara seluruh masyarakat. Isu homoseks ini mungkin haram secara jelas di dalam Islam namun tidak bagi mereka yang tidak berpegang kepada Islam sebagai cara hidup. Kerana itulah wujud kepentingan bagi sebuah dialog atau perbincangan intelektual diadakan bagi membicarakan tentang isu ini.

Law Students’ Society UIAM percaya bahawa umat Islam haruslah berani untuk mempertahankan hujahnya dan berdepan dengan mereka yang tidak sependapat dengannya. Maka kerana itu kami turut memanggil wakil dari golongan yang menyokong pemansuhan Seksyen 377B Kanun Keseksaan untuk turut sama membentangkan hujah mereka. Hujah haruslah dilawan hujah. Dan kami juga telah berusaha untuk menjadikan forum tersebut sebagai pertembungan di antara dua pihak yang berlainan pendapat. Namun penarikan diri salah seorang panelis menyebabkan tiada keseimbangan dalam susunan panelis. Sangat malang apabila individu yang dijemput untuk berhujah memilih untuk berpencak di laman jaringan sosial sahaja dan bukannya berhadapan dengan lawannya. Lebih malang lagi penarikan ini disertakan pula dengan tohmahan bahawa kami merupakan alat bagi golongan liberal. Satu tuduhan yang tidak berasas dan nyata sekali berniat jahat.

Law Students' Society UIAM mempunyai objektif serta matlamat tersendiri dalam menganjurkan forum ini. Kami berpendapat bahawa kurangnya pertukaran pendapat serta idea dalam kalangan pihak yang berkepentingan dalam isu ini telah menimbulkan pelbagai masalah. Maka kerana inilah kami terpanggil untuk menganjurkan forum ini bagi menjadi platform kepada pihak berkepentingan untuk menegakkan hujah mereka. Ini sesungguhnya lebih baik daripada menganjurkan demonstrasi di jalanan atau di padang yang seringkali terpesong matlamatnya.

Law Students’ Society UIAM berbangga dengan kebiasaan yang telah wujud di kalangan kami warga Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim di mana kami telah dididik untuk mendengar hujah pihak lawan sebagaimana yang disebut sebagai “audi alteram partem”. Ini bukanlah kali pertama kami menganjurkan program sebegini tetapi sudah banyak program yang berbentuk kontroversi seperti isu relevankah negara Islam, debat-debat politik, isu undang-undang dan moral, isu murtad, isu rampasan kuasa di Perak, dan pelbagai lagi isu panas yang tidak berani untuk ditimbulkan oleh pihak lain. Dan menariknya kesemua program ini menjemput pihak yang bertentangan ideologi, pegangan dan pendapat dan bukan sekadar perbincangan satu hala yang tidak bersifat kritikal.

Law Students’ Society UIAM ingin sekali mengajak masyarakat untuk menilai kembali sikap kita terhadap isu perbezaan pendapat. Syeikh Ahmed Deedat contohnya seringkali mengadakan debat tentang isu seperti adakah Nabi Isa itu tuhan atau manusia. Adakah dengan mengadakan debat sebegini, menunjukkan betapa celarunya akidah Syeikh Ahmed Deedat? Kami percaya itu bukan sebabnya.

Law Students' Society UIAM percaya kepada prinsip hujah mendahului emosi. Kebenaran haruslah dibuktikan melalui hujah, bukannya dengan emosi semata-mata. Kami menghargai kebebasan akademik dan percaya bahawa di zaman moden ini tidak boleh tidak kebenaran mestilah ditegakkan dengan hujah.

Wallahua’lam.

Fuad Syazwan Ramli,
Presiden,
Law Students’ Society UIAM 2011/2012.

02 May 2012



Law Students' Society IIUM strongly condemns the use of mainstream media as a political tool to tarnish the image of political opponent by certain quarters. Mainstream media should be free and fair and not biased to any political parties or organizations. We must distinguish between political organ and mainstream medias where the former plays the role of propaganda machine while the latter serve as medium of information.

We would like to urge the authority to take actions against such medias that is playing active role in spreading vulgar news, exposing it to children. If there is no action taken then this will create a very bad precedent in the future.

As a country where Islam is the religion of the federation, we must uphold the Islamic values and ethics in every part of our life including in news reporting. Mainstream media should contribute towards the betterment of the society, to nurture the intellectuality of the people, and not as political tool.

“Indeed, those who like that immorality should be spread [or publicized] among those who have believed will have a painful punishment in this world and the Hereafter. And Allah knows and you do not know.”

24:19

Wallahua'lam.

Fuad Syazwan Ramli
President,
Law Students' Society IIUM 2011/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...