13 February 2013

Dissolution of the Law Students' Society 2011/2012



Alhamdulillah, with the closing remarks by the President, the Law Students' Society IIUM 2011/2012 is now officially dissolved. Thank you for all your supports :)

--------------------------
Thank you Mr Chairman. Fellow excos, students and friends.

Alhamdulillah, all praise be to Allah who had given us the gift of Iman and had given us the opportunity to live in this world.

The Law Students' Society of IIUM 2011/2012 was officially endorsed on the 8th of March 2012. As a program-oriented society, our main focus is in organizing programme. Since the endorsement, we had been organizing many programmes to cater to various needs of the AIKOL community especially in aspiring for professionalism & solidarity.

Dear friends,

The Law Society started as a group of strangers assembled together under one roof with the same goal which is to serve the AIKOLians. Regardless of our differences, we manage to sit together in assisting each other to give the very best to the whole community. One for all, and all for one. And in giving the best, we also received many supports and assistance from our friends, especially the students of AIKOL whom had provided us with suggestion, criticism, moral support and many more. Indeed, without the support from the grassroots, surely we will never be able to achieve anything.

Throughout the tenure, there had been many ups and downs. All the challenges that we faced, helped to strengthen our commitment towards this sacred goal. In fulfilling this Amanah, it is very important for us to be sincere and to purify our intention which is to serve Allah. People may forget what we had contributed to them. People may not remember our kindness to them. But fear not as Allah never forget and InsyaAllah, we will receive something of equal, if not better, in value compared to what we had done, provided that we are sincere in our actions. Our job, our task is not to please everyone but to please Him alone. When Allah is pleased with us, the whole world will look up to us.

To all future Excos of the Law Students’ Society who may be present in this esteemed Moot Court, I wish you the best and for all the errors and mistakes that we had done, please learn from it and improve the performance of the society.

Dear friends,

This journey as the Excos of Law Students' Society is indeed a very long and windy road. Nevertheless, we are now at the end of the road. All the smiles, all the laughters, and all the cries are now a part of our history. On behalf of all the Exco members, I would like to apologize for any short comings, any mistakes done either intentionally or unintentionally. May Allah forgive us for all our weaknesses.
With that I as the President, hereby call for the dissolution of the Law Students' Society IIUM 2011/2012.

Thank you.

"Aspiring professionalism & solidarity"
Fuad Syazwan Ramli
President,
Law Students’ Society IIUM 2011/2012

05 February 2013

Lawsoc Annual General Meeting 2013


Law Students' Society 2011/2012 Annual General Meeting.

13.02.13 | 2.00PM-5.00PM | Moot Court AIKOL

Come and voice out your opinions & ideas! :)

16 January 2013

Antara HKR#112, Bawani dan kek lapis gergasi ― Fuad Syazwan Ramli



“Jangan hanya ya-ya-ya. Tuan terpelajar, bukan yes-man. Kalau tidak sependapat, katakan. Belum tentu kebenaran ada pada pihakku.” (Bumi Manusia)
Antara kebanggaan bagi universiti-universiti di Malaysia adalah kejayaan memecahkan rekod-rekod pelik seperti menghasilkan roti jala tanpa henti, menyediakan kek lapis terbesar dan tempurung Jalur Gemilang terpanjang. Dari Utara ke Selatan, universiti-universiti berlumba untuk mencari sesuatu untuk dihasilkan bagi menempa nama dalam Malaysian Book of Records.
Kegilaan untuk memecahkan rekod pelik ini membuat kita tertanya-tanya, adakah universiti kita yang digembar-gemburkan sebagai mempunyai infrastruktur kelas pertama, hanya mampu mencipta rekod pelik sahaja? Larangan menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat #112 yang dikeluarkan oleh universiti-universiti di Malaysia bukanlah satu hal yang mengejutkan. Bahkan sebenarnya ia sudah dijangkakan. Walaupun dengan janji dari Menteri-menteri, walaupun dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti, hakikatnya mahasiswa masih terkurung di dalam sangkar yang dicipta untuk menyekat aktivisme mereka.
Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mahasiswa yang menyertai himpunan ini. Antaranya mahasiswa diperalat oleh pembangkang serta merelakan diri menjadi kuda tunggangan. Yang menghairankan adalah pada masa yang sama, di setiap program yang dianjurkan oleh kerajaan, sentiasa ada pemberian kemeja T, topi dan makanan percuma buat peserta. Jika mahasiwa yang menyertai himpunan tanpa apa-apa ganjaran ini dianggap sebagai alat pembangkang, maka bagaimana pula dengan mahasiswa yang menyertai program kerajaan atas niat mendapat habuan dari penganjur? Adakah mereka layak digelar sebagai patriotik dan berwawasan?
Jika diperhatikan secara kasar program-program yang dianjurkan di universiti kita, kebanyakannya lebih berkisar tentang soal menjaga nafsu. Lihat saja lambakan program seperti mengurus rumah tangga, program mencari pasangan untuk bercinta sampai ke syurga, program motivasi, dan lain-lain yang sewaktu dengannya, seolah memperlihatkan bahawa mahasiswa di Malaysia rata-rata adalah manusia yang tidak punya apa-apa kelebihan berbanding rakan mereka di luar sana. Kehidupan mereka berkisar pada cari kerja, berkahwin, dan mati. Itu sahaja.
Program yang bersifat perbincangan kritis lebih banyak dianjurkan di luar kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding di universiti. Jika mahu anjur program di universiti, perlu dipastikan terlebih dahulu bahawa tiada wakil pembangkang dalam kalangan ahli panel. Jika tajuknya kelihatan sedikit kontroversi, maka kelulusan tidak akan diberikan. Sebagai contoh, sebuah universiti yang gah di negara kita tidak memberikan kelulusan untuk sebuah program pelajar semata kerana terdapat penggunaan “2.0” pada tajuknya.
Inilah yang menjijikkan apabila keputusan yang diambil oleh pentadbir universiti, adalah berdasar pada bacaan politik. Dengan erti kata lain, walaupun pentadbir ini mempunya latar belakang sebagai ahli akademik, tapi apabila memegang jawatan, pemikiran mereka tidak jauh berbeza dengan pemikiran JKKK di kampung-kampung kecil. Sebuah universiti yang sepatutnya menjadi simbol kemegahan intelek akhirnya tak ubah seperti sebuah balai raya yang tiada apa-apa keistimewaan.
Kurangnya pendedahan pada perbincangan kritis menyebabkan sesetengah pelajar universiti gagal untuk menghayati semangat perbezaan pendapat. Bagi yang meminati bidang agama, siapa sahaja yang tidak sebulu dengan mereka terus dilabel sebagai sesat, “muktazilah moden” dan sebagainya. Manakala bagi yang aktif berpolitik pula sibuk melabel lawan masing-masing dengan gelaran seperti “macai” dan “pak turut”. Ini satu budaya yang menyedihkan kerana sepatutnya mahasiswa yang terdedah kepada pelbagai jalur ilmu lebih matang dalam menghadapi perbezaan pendapat. Tapi sekiranya mereka hanya mampu melabel tanpa berhujah dengan matang, maka tiada beza mereka dengan rakan mereka di luar sana. Penyakit ini melanda kedua belah pihak, yang pro-Barisan Nasional, juga yang pro-Pakatan Rakyat.
Mungkin, ya ini hanya satu tekaan, mungkin kelemahan ini berpunca dari budaya di universiti itu sendiri di mana mahasiswa lebih banyak disogokkan dengan pendapat dari sebelah pihak sahaja. Apa yang berlaku kepada mahasiswa berani dari Universiti Utara Malaysia, saudari Bawani, adalah salah satu contoh bagaimana pendapat yang tidak selari dengan arus perdana, akan diperlekeh dan mahasiswa dimalukan semata kerana tidak berfikir seperti yang lain.
Yang paling menyedihkan adalah apabila mengenangkan bahawa apa yang berlaku kepada saudari Bawani itu bukan insiden terpencil. Ia juga berlaku di mana-mana universiti di Malaysia. Bezanya ia tidak dirakam dan tidak dimuat naik ke laman Youtube. Lebih menghairankan adalah, tiada seorangpun rakan beliau yang bangkit mempertahankan maruah beliau dari dihina. Adakah dalam dewan sebesar itu, tiada seorangpun yang sependapat dengan beliau?
Sikap mahu mengawal pemikiran mahasiswa ini merupakan salah satu ciri bebalis yang disebut oleh Prof Syed Husein Alatas dalam karyanya Intelektual Masyarakat Membangun. Menurut beliau, “Bebalis merupakan orang yang authoritarian, tidak reflektif dan tidak berasaskan pada eksperimen. Menjadi salah satu ciri bebalisme untuk menharapkan orang lain percaya pada apa yang dikemukakannya tanpa memberi alasan atau penjelasan apabila merujuk pada pokok permasalahan yang berada di luar jangkauan penerimaan biasa.”
Universiti bukan lagi medan pertembungan idea-idea besar, tapi lebih merupakan gedung percetakan yang mencetak mahasiswa menurut corak yang telah ditetapkan pada mesin. Mana-mana cetakan yang rosak atau ganjil, tempatnya tidak lain adalah di bakul sampah. Perlu diingat bahawa sikap ini tidak hanya wujud dalam diri mereka yang pro-kerajaan sahaja, tapi ia sikap yang tidak mengenal budaya, bangsa, agama atau parti politik. Dengan erti kata lain, mereka yang kelihatan sebagai anti-kerajaan juga sebenarnya turut bersekongkol dalam projek pembodohan ini.
Sudah sampai masanya kita berfikir, adakah ini yang kita harapkan dari universiti kita yang sering dicanang sebagai bertaraf dunia? Adakah universiti, tempat yang dikatakan sebagai menara gading, hanya mampu menghasilkan kek lapis terbesar dan tempurung Jalur Gemilang sahaja? Itu sahajakah sumbangan “mahasiswa” untuk masyarakat?

* Fuad Syazwan Ramli ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
dipetik dari: TheMalaysianInsider

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...