source: berita harian online
Tiga tugas hakiki pendidik universiti
Oleh Shamrahayu A Aziz
2011/03/15
'Penyakit' berpolitik untuk rebut jawatan boleh jejas profesion SAYA terkedu dan sedih membaca kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai 'politiking' dalam merebut jawatan naib canselor di universiti tempatan. Kata Perdana Menteri, politiking dalam pelantikan ini tidak wajar berlaku. Katanya lagi, kalangan akademik di universiti perlu menumpukan perhatian kepada pendidikan supaya pelajar dapat menimba ilmu dan membuka minda.


