8 Jun 2012
PERSATUAN Mahasiswa Undang-undang UIAM percaya bahawa keputusan untuk membekukan pinjaman pelajar Unisel oleh PTPTN sebagai respons kepada janji Pakatan Rakyat untuk menawarkan pendidikan percuma sebagai satu keputusan yang sangat tidak matang.
Pendidikan percuma adalah salah satu manifesto atau janji pilihan raya yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia.
Manifesto atau janji pilihan raya adalah tidak lebih dari sekadar janji yang dibuat oleh sebuah parti politik dalam menjangkakan bahawa apabila ia berjaya membentuk kerajaan, janji itu akan dipenuhi.
Manifesto politik adalah satu amalan biasa di mana-mana pun di dalam dunia ini dan perbuatan mencabar sebuah parti politik untuk melaksanakan manifesto mereka sebelum berkuasa adalah sangat matang dan tidak cerdik kerana sudah tentu sebagai parti politik yang tidak mempunyai kuasa, mereka tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk melaksanakan janji itu.
Perbuatan ini sememangnya bertentangan dengan visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh yang berpegang kepada konsep 'Wasathiyyah' atau Islam Pertengahan.
Kerajaan sepatutnya cukup matang untuk membezakan di antara kepentingan rakyat dan permainan politik yang sia-sia.
Islam, sebagai agama yang menjunjung tinggi ilmu pengetahuan sebagai salah satu aspek terpenting dalam hidup insan telah menjadikan perlindungan kepada akal fikiran sebagai salah satu Maqasid al-Shariah.
Maka sebarang perbuatan yang menyebabkan kesusahan kepada mana-mana individu dalam menuntut ilmu pengetahuan sememangnya adalah satu pengkhianatan terhadap umat Islam dan seharusnya ditolak oleh sesiapa saja yang menggelar diri mereka sebagai Muslim.
Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM menyeru PTPTN untuk mengkaji semula keputusan ini bagi kebaikan negara dalam menuju Wawasan 2020.
Fuad Syazwan Ramli, Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM 2011/2012

dipetik dari: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment